Maklumat Makanan
Ramuan mengandungi minyak sawit, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili kering, lada hitam, ketumbar, jaintan, asam jawa, gula, garam, kerisek serta bahan perasa
# Rendang Ayam
Resepi Rendang Ayam
Porsi 6 orang
Ayam - goreng separa masak 900g
Pes Rendang Adoul 300g
Air 2 cawan
Santan 250g
Daun Kunyit / Limau purut 4g / 2 helai
1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit
2. Goreng separa garing selama 3-4 minit sahaja
3. Angkat dan Toskan
4. Panaskan Pes Rendang, air dan santan selama 8-10 minit
*penting untuk masak pes sehingga pekat dan berminyak sedikit
sebelum masukkan ayam
5. Masukkan ayam goreng tadi dan daun kunyit
- kacau sehingga 15-20 minit hingga pekat
- boleh juga masukkan terus ayam tanpa digoreng
6. Angkat dan hidangkan
Resepi Rendang Daging
Porsi 6 orang
Daging - hiris tebal 600g
Pes Rendang Adoul 300g
Air 1liter
Santan 250g
Daun Kunyit / Daun Limau Purut 4g / 2 helai
1. Panaskan Pes Rendang Adoul dan air sebentar
2. Masukkan daging - kacau selama 50minit
3. Masukkan santan dan daun kunyit, kacau lagi selama 20-30 minit hingga
daging empuk *tambah air jika terlalu kering
4. Angkat dan hidangkan
Resepi Rendang Kambing
Porsi 6 orang
Daging Kambing - potong kecil 600g
Pes Rendang Adoul 300g
Air 1liter
Santan 250g
Daun Kunyit / Daun limau purut 4g / 2 helai
1. Panaskan Pes rendang dan air sebentar
2. Masukkan kambing dn kacau selama 50 minit
3. Masukkan santan dan daun kunyit - kacau lagi selama 20-30 minit hingga
empuk * tambah air jika terlalu kering
4. Angkat dan hidangkan
Resepi Rendang Kerang
Porsi 6 orang
Kerang Rebus Frozen- caikan basuh dan toskan 400g
Pes Rendang Adoul 300g
Air 400g
Santan 250g
Daun Kunyit 4g / 2 helai
1. Panaskan Pes Rendang Adoul dan air dan santan selama 10-12 minit
*penting untuk masak pes sehingga pekat dan berminyak sedikit sebelum
masukkan isi kerang
2. Masukkan kerangdan daun kunyit - kacau selama 5-6 minit hingga masak
3. Angkat dan Hidangkan
Resepi Rendang Udang
Porsi 6 orang
Udang saiz L buang sesunggut 800g
Pes Rendang Adoul 300g
Air 500g
Santan 250g
Daun kunyit / daun limau purut 4g/2helai
1. Panaskan Pes Rendang Adoul dan air sebentar
*penting untuk masak pes sehingga pekat dan berminyak sedikit sebelum masukkan udang
2. Masukkan udang dan daun kunyit - kacau selama 8-10 minit hingga masak
3. Angkat dan hidangkan


